MALAYSIA & MESIR.
Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata,
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.
Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang,
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.
Ketika kami marah akan kecederaan Messi,
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.
Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona,
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.
Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah,
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.
Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat,
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.
Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal,
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.
Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah,
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.
Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah,
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.
Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua,
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.
Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan
ratu cantik,
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari
beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.
Ketika pemimpin kami bertwitter akan rumah terbuka,
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.
Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit,
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.
Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa,
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.
Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut
keadilan pelbagai cara,Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih
berkira-kira.Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan
kemenangan kamu di sana, Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami
bersama saudara seIslam yang tidak terlena.
Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya.
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya. Masyaallah.
Keganasan terhadap saudara sendiri.
Tatapan terakhir seorang wanita buat suami & anak perempuannya
yang syahid dibunuh. Syurgalah tempat mereka.
Janji Allah Swt, Perjuangan ini sentiasa akan
ada pewarisnya. Kitalah Generasi perjuangan Islam ini! Allahuakhbar.
Kejayaan mampu dicapai dengan fokus dan kesungguhan yang tinggi
Wajah comel beliau bertanyakan kepada kita
"Adakah pembunuhan yang dilakukan rejim Assad
terhadap kanak-kanak suatu perkara yang normal?".
Seorang lelaki muda bersama jenazah penunjuk perasaan
yang terbunuh pada hari Rabu. Ramai yang syahid akibat
ditembak di kepala atau dada. Inalillahiwainalillahirajiun.
Masjid Raba'ah Al-Adawiyah telah dibakar bersama-sama
ratusan syuhada yang terdapat di dalamnya oleh tentera
hari ini. Yang dibakar ini bukanlah rumah Morsi tetapi
Rumah Allah! Ya Allah layakkah mereka yang lakukan semua ini digelar ISLAM ? ?
Di sebalik kehancuran dan kebakaran yang dilakukan oleh
pihak polis di Medan Rabaah, terselit sehelai mushaf
Al Quran yang terselamat, yang tertera di atasnya (kotak merah )
ayat Allah yang berbunyi :" Dan apakah Tuhanmu tidak cukup
(bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? " Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang
pertemuan dengan Tuhan mereka. ''Ingatlah, bahawa
sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. "
Dia bukan Edward Scissorhands dari filem. Namanya Nour Al Deen Wehbi yang telah syahid akibat serangan
di ERbeen Pinggir Bandar Damsyik Syria. Beliau berada di tempat
yang lebih baik sekarang.
Kanak-kanak sentiasa mencipta permainan dari persekitaran mereka,
dan dari norma kehidupan di mana mereka tinggal.
Tetapi permainan yang benar-benar membunuh kebahagiaan dalam
hati kita ialah apabila kita melihat anak-anak ini "meniru" kehidupan
sebenar peristiwa tragis berlaku. Sekumpulan kanak-kanak bermain
ala-ala upacara majlis kematian di mana "jenazah" diambil untuk
dikebumikan. Semoga Allah melindungi kanak-kanak di Syria.
JUMAAT BERSAMAAN 9 SYAWAL.
''Jumaat Kemarahan''
28 masjid yang bakal menjadi tumpuan perhimpunan dan perhimpunan tersebut bakal menuju
di Ramsis selepas solat Jumaat. Antaranya :
1 ﻣﺴﺠﺪ ﺻﻬﻴﺐ ﺍﻟﺮﻭﻣﻲ ﺍﻟﺸﺮﺍﺑﻴﺔ
2 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ ﺷﺒﺮﺍ ﺍﻟﺨﻴﻤﺔ )ﻛﻮﺑﺮﻯ ﻋﺮﺍﺑﻲ )
3 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻘﺪﺱ ﺍﻟﻤﺮﺝ ﺵ ﻋﻴﻦ ﺷﻤﺲ
4 ﻣﺴﺠﺪ ﻧﻮﺭ ﺍﻟﻤﺤﻤﺪﻳﺔ ﻣﻴﺪﺍﻥ ﺍﻟﻤﻄﺮﻳﺔ
5 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺰﻳﺘﻮﻥ
6 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺴﻼﻡ ﺍﻟﺤﻰ ﺍﻟﻌﺎﺷﺮ ﻣﺪﻳﻨﺔ ﻧﺼﺮ
7 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻔﺘﺢ ﺍﻟﺨﻠﻔﺎﻭﻱ
8 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﺍﻟﺘﺠﻤﻊ ﺍﻟﺨﺎﻣﺲ
9 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻤﻬﺪﻯ ﻣﺪﻳﻨﺔ ﺍﻟﺴﻼﻡ )ﺷﺎﺭﻉ ﺍﻷﺭﺑﻌﻴﻦ )
10 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻤﺮﺍﻏﻲ ﺣﻠﻮﺍﻥ
11 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺮﻳﺎﻥ ﺍﻟﻤﻌﺎﺩﻱ
12 ﻣﺴﺠﺪ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﺍﻟﺼﺪﻳﻖ ﺩﺍﺭ ﺍﻟﺴﻼﻡ
13 ﻣﺴﺠﺪ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﺍﻟﻌﺎﺹ ﻣﺼﺮ ﺍﻟﻘﺪﻳﻤﺔ
14 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻨﻮﺭ ﺍﻟﻌﺒﺎﺳﻴﺔ
15 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻔﺘﺢ ﺭﻣﺴﻴﺲ
16 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺘﻮﺣﻴﺪ ﻏﻤﺮﺓ
17 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻻﺳﺘﻘﺎﻣﺔ ﻣﻴﺪﺍﻥ ﺍﻟﺠﻴﺰﺓ
18 ﻣﺴﺠﺪ ﺃﺳﺪ ﺑﻦ ﺍﻟﻔﺮﺍﺕ ﺍﻟﺪﻗﻲ
19 ﻣﺴﺠﺪ ﺧﺎﺗﻢ ﺍﻟﻤﺮﺳﻠﻴﻦ ﺍﻟﻌﻤﺮﺍﻧﻴﺔ
20 ﻣﺴﺠﺪ ﺧﺎﻟﺪ ﺑﻦ ﺍﻟﻮﻟﻴﺪ ﺍﻟﻜﻴﺖ ﻛﺎﺕ
21 ﻣﺴﺠﺪ ﻣﺼﻄﻔﻰ ﻣﺤﻤﻮﺩ ﺍﻟﻤﻬﻨﺪﺳﻴﻦ
22 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﻤﻐﻔﺮﺓ ﺍﻟﻤﻬﻨﺪﺳﻴﻦ
23 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺼﺒﺎﺡ ﺵ ﺍﻟﻬﺮﻡ
24 ﻣﺴﺠﺪ ﻣﺸﺎﺭﻯ ﺵ ﺍﻟﻬﺮﻡ
25 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺮﺣﻤﺔ ﺍﻟﻬﺮﻡ
26 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺘﻮﺣﻴﺪ ﻧﺎﺻﻴﺔ ﺵ ﺍﻟﻌﺮﻳﺶ ﻣﻊ ﺵ ﻓﻴﺼﻞ
27 ﻣﺴﺠﺪ ﺍﻟﺤﺼﺮﻱ 6 ﺃﻛﺘﻮﺑﺮ
28 ﻣﺴﺠﺪ ﺭﺍﻏﺐ 6 ﺃﻛﺘﻮﺑ
# Ya Allah! Sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan
pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka
anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan
yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang
menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah para munafiqqin mesir arab saudi uae
dan zionis israel amerika dan syiah kalahkan para munafiqqin mesir arab saudi uae dan
zionis israel amerika dan syiah, kalahkan para munafiqqin mesir arab saudi uae dan zionis
israel amerika dan syiah, menangkanlah saudara- saudara kami dr morsi dan ikhwanul
muslimin ke atas mereka…aamiin aamiin yaa rabbalaalaamiin.
Past | Present